Subsidi dimonopoli orang kaya, diguna warga asing, dirompak penyeludup dan penyamun
Oleh AHMAD MURSI
Lima kali pemandu Grab isi minyak motor Yamaha Y15 (4.2L) bayar RM43 hanya dapat Subsidi RM27. Sekali pemandu BMW (70L) isi minyak RM143 dapat subsidi RM91.
Golongan T20 guna RM17 bilion subsidi pada tahun 2022 kata Ahmad Maslan di Parlimen. Banyak manfaat untuk rakyat marhaen boleh dibuat.
Petrol RON95 beli di Malaysia (RM2.05), diseludup ke Thailand (RM5.05) dapat untung (RM3.00). Harga di Singapura (RM10.15). Subsidi mengalir keluar. Penyeludup kaya raya.
Harga RON95 kita RM2.05 1 liter lebih murah daripada harga air mineral Spritzer 1.25L RM2.69 dan lebih rendah daripada pengeluar minyak utama dunia, Arab Saudi iaitu RM2.93.
Mengapa dulu masa jadi pembangkang, marah kerajaan hapus subsidi, kini kamu nak hapus pula? Subsidi TIDAK dihapuskan, tetapi DISASARKAN terus ke poket pengguna yang berkenaan.
Berbilion subsidi kerajaan untuk bantu pesawah padi, tetapi beras padi dibeli oleh kilang dari pesawah dengan harga jauh lebih mahal daripada harga lantai RM1,300 yang tidak mungkin kilang boleh jual pada harga kawalan RM26. Tiris lagi.
Mengapa tidak tambah penguatkuasa untuk semak ketirisan di semua sudut? Tambah tenaga penguatkuasa baru bermakna tambah beban dan hutang negara.
Oleh sebab belanjawan kita defisit sejak 1998, anggaplah subsidi pukal dibayar guna hutang dan dinikmati warga asing, dimonopoli maha-kaya dan ada diseludup. Hutang ini ditanggung oleh anak cucu kita.
Ada juga yang ‘merompak’ subsidi minyak masak dan dijual sebagai minyak masak biasa (kes anak bekas menteri sedang didakwa). Tiris lagi.
Semua PM dari Najib, Tun M, Din Pagoh, Ismail bercakap untuk sasarkan subsidi. Mostly No Action Talk Only (NATO). MADANI sahaja yang buat sementara yang lain terus menambah hutang negara.
Daripada ‘bakar’ duit cukai melalui petrol berpuluh-puluh bilion, lebih baik buat infra, tambah baik kemudahan kesihatan, pendidikan dan program kebajikan.
Tujuan PADU untuk rakyat kemaskini data peribadi yang kerajaan telah sedia ada.
Selepas itu, pembahagian T20-M40-B40 dah tak guna. Kemampuan rakyat diukur dari pendapatan boleh belanja (net disposible income) ikut lokasi selepas tolak tanggungan.
Bagi yang kaya raya dan rasa ‘dibogelkan’ dengan isi PADU, tidak usahlah hasut rakyat marhaen yang susah dan memang perlukan subsidi bersasar ini.
BACA JUGA ‘Satu hari dia pasti kena tembak mati’ – Pemilik bengkel ditahan kes ugut bunuh KP UMNO