Terkejut tahu Sultan Ibrahim masih teruskan tradisi ini walau bergelar Agong, untung siapa dapat

Di kala orang ramai kebanyakannya memilih untuk menghantar ucapan raya menerusi WhatsApp atau media sosial, lain pula yang dilakukan ketua negara yang disayangi ramai, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Baginda difahamkan lebih memilih untuk meneruskan tradisi mengutus kad raya bagi menzahirkan ucapan Aidilfitri.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Seri Paduka Baginda, Sultan Ibrahim dilihat berkenan untuk menandatangani 200 kad ucapan semalam.

“Seri Paduka Baginda amat gemar mengutus kad ucapan Aidilfitri secara tradisional kerana ia lebih mengeratkan hubungan antara istana dan rakyat jelata tanpa mengira agama dan bangsa.

“Selain itu, Seri Paduka Baginda turut mengutus kad ucapan Aidilfitri kerana ia bukan sahaja lebih unik dan istimewa, malah sangat klasik,” kata hantaran itu semalam.

Sultan Ibrahim

Sejak dahulu lagi, Sultan Johor itu tidak pernah terlepas dari tradisi kegemarannya iaitu mengutuskan kad raya.

Pada 2018, baginda sendiri pernah menuai perhatian rakyat selepas berkenan menandatangani 1,000 kad ucapan hari raya.

BACA JUGA Kita tak tembak mak mentua, kita tempeleng menantu dia