Biawak hidup lebih baik dari kerbau jantan bawa lumpur

Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar diumpamakan sebagai kerbau berlumpur yang merosakkan nama baik Umno sehingga kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Umno Seputeh, Datuk Razlan Rafii yang juga setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika menempelak balas KJ yang mendakwa Umno sekarang umpama biawak hidup kepada kerajaan perpaduan.

“Lebih baik daripada seekor kerbau jantan yang setiap hari badannya berlumpur. Inilah KJ. Pada ketika Umno kuat dia datang bawa habis semua orang Umno terpalit dengan lumpur,” katanya.

Razlan turut menyalahkan Khairy di atas kekalahan majoriti dua pertiga kerusi parlimen BN.

“Kalah kita dua pertiga pasal ECM Libra, gaduh dengan Tun Mahathir, pasal tingkat 4. Jadi KJ jangan nak cerita pasal orang Umno macam itulah.

“Saya rasa elok you cermin diri sendiri. Dah terlampau banyak jasa Umno bagi kat you dah. You are nothing.”

Razlan berkata demikian sebagai respon kepada Khairy yang menyifatkan Umno dengan Pakatan Harapan dalam kerajaan perpaduan yang disifatkannya sebagai biawak hidup.

Respon Razlan disiarkan dalam akaun TikTok Hussein OCS.

Khairy menyatakan demikian dalam rancangan Keluar Sekejap baru-baru ini.

ECM Libra merupakan syarikat di mana Khairy telah memperoleh saham besar. Tingkat 4 ialah gelaran kepada Khairy dan kumpulannya yang mempengaruhi pentadbiran perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

BACA JUGA: Umno bukan biawak hidup, kata Saifuddin