Naim dibedah pagi ini, apa jadi?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Datuk Dr Naim Mokhtar dibedah pagi ini.

Beliau mendedahkan perkara ini dalam satu klip video menerusi akaun TikToknya.

“Sekarang pukul 1 pagi 28 Mac 2024 bersamaan 17 Ramadan 1445 H. Sekitar pukul 8 pagi saya akan dibawa ke tempat pembedahan untuk menjalani pembedahan kecil untuk membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

“Doktor telah pun buat keputusan membuang salah satu kelenjar air liur yang mengandungi batu karang dibuang untuk mengatasi penyakit.

“Kesakitan yang saya alami dalam seminggu ini… dengan itu saya mohon sangat-sangat kepada sahabat-sahabat doakan kejayaan pembedahan ini dan kesembuhan keafiatan kepada saya untuk saya terus beribadat dan melaksanakan amanah tugasan ini selepas daripada ini dengan sebaik-baiknya.

Beliau turut menyeru umat Islam agar mendoakan keselamatan dan kejayaan rakyat Palestin.

“Dalam masa sama saya mohon dan rayu tuan-tuan dan puan-puan bersempena dengan Nuzul Quran untuk kita sama-sama terus menggandakan amal ibadat kita sedekah dan memberikan sumbangan yang banyak khususnya kepada saudara kita yang berada di Gaza, Rafah, di Palestin.

“Semoga Allah memberikan perlindungan kepada mereka, keselamatan daripada terus dicerobohi dan dibunuh oleh golongan zionis Israel durjana.

“Kita doakan semasa Nuzul Quran ini khususnya untuk mereka berjaya pertahankan diri dan seterusnya membebaskan diri negara mereka dan Allah swt menghancurkan rejim Israel zionis laknatullahialaihim.”

BACA JUGA: Tiada pitih untuk Kelantan, Terengganu, kenapa?