PM Anwar: Tekuni kupasan, tafsir al-Quran

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan umat Islam agar menekuni kupasan dan tafsir al-Quran.

Beliau berkata selain tilawah untuk meningkatkan darjat dan pahala, umat Islam juga dituntut untuk bertadabbur memahami seruan Qurani.

“Bahkan memahami mesej al-Quran itu seharusnya lebih ditekankan kerana al-Quran itu hidup, berbicara dan menjadi suluhan dalam tiap kurun sejarah.

“Ibrah (pengajaran) yang terpancar dari firman Ilahi tidak dilorongkan khusus buat orang beriman, sebaliknya ia adalah petunjuk buat seluruh umat manusia (hudan linnas).

“Tiap mauduk (tajuk) perbahasan, tiap kisah dan riwayat, baik kisah pemuda al-Kahfi atau kisah Nabi Allah Yusuf AS, kesemuanya sarat dengan roh perjuangan dan iktibar yang mendalam.

“Menekuni tiap ayat bagai menggenggam cahaya obor yang menyoroti kejadian dan menerangi jalan ke hadapan,” katanya dalam catatan di Facebook bersempena sambutan Nuzul al-Quran.

BACA JUGA: Cantik nama KESUMA, profesor emeritus bahasa puji