Sempena Aidilfitri, tol percuma 8 dan 9 April

Kerajaan memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Beliau berkata, pemberian tol percuma itu akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April (Isnin) dan akan berakhir pada 11.59 malam, 9 April (Selasa) dengan peruntukan bayaran pampasan berjumlah RM37.6 juta.

“Keputusan ini adalah melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari lepas bertujuan meraikan semua rakyat terutama masyarakat beragama Islam yang menyambut Aidilfitri dan sebagai tanda prihatin serta sama-sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia.

“Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini juga, jumlah kenderaan dijangka meningkat 2.46 juta sehari di semua jaringan lebuh raya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban (arah Selatan) hari ini.

BACA JUGA Apa kata Dr Rora selepas PMX balik dari Jerman?

Â