Tiga universiti Malaysia dalam kalangan 5 terbaik di Asia Tenggara

Tiga universiti di Malaysia telah disenaraikan dalam lima universiti terbaik di Asia Tenggara, kata kajian yang disenaraikan oleh KS Well University Run Kingston Southeastern Asia 2024.

Dalam senarai itu, Universiti Malaya (UM) yang mempunyai 12 fakulti telah menduduki tempat ketiga dengan 90.2 mata, menurut satu video klip dari Indonesia yang kini tular di media sosial.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula di tangga empat dengan 80.7 mata manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tangga kelima.

Dua kedudukan teratas digondol oleh universiti di Singapura iaitu Nanyang Technological University di tempat kedua dan National University Singapore (NUS) di tempat pertama.

Perkara ini disiarkan dalam petikan video pengguna Tiktok Indonesia babeboss_21.

BACA JUGA: Naim dibedah pagi ini, apa jadi?