Menteri Agama beransur pulih selepas pembedahan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Na’im Mokhtar beransur pulih selepas menjalani prosedur pembedahan kecil semalam.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

“Saya sempat ziarah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Mohd Na’im Mokhtar yang baharu sahaja jalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

“Alhamdulillah, keadaan beliau beransur pulih dan saya doakan agar beliau lekas sembuh, Insya-Allah,” kata Anwar.

Semalam, Mohd Naim menerusi hantaran di laman X memberitahu kelenjar tersebut perlu dibuang untuk mengatasi kesakitan yang dialaminya sepanjang minggu ini.

BACA JUGA Polis tahan lelaki Israel bersama 6 pucuk senjata api, 200 peluru