Gembira untuk awak, selalu doa yang terbaik, kerja elok-elok – Adira
Sejurus Datuk Red mula ditawarkan pekerjaan daripada pelbagai pihak, penyanyi Adira Suhaimi tampil meluahkan rasa gembira terhadap suaminya.
Adira, 32, berkata, dia juga sentiasa mendoakan yang terbaik agar segala urusan suaminya itu dipermudahkan.
“Alhamdulillah, gembira untuk awak. Semua yang baik-baik untuk awak. Dekat sini selalu doa yang terbaik. Kerja elok-elok,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Terdahulu, Datuk Red berkongsi di TikTok mengenai dirinya ditawarkan pekerjaan menjadi model untuk gedung pakaian terkemuka.
Selain menjadi model untuk gedung pakaian terkemuka itu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu turut memberitahu dia mendapat tawaran pekerjaan dari jenama produk makanan kambing perap popular.
Sebelum ini, Datuk Red mendedahkan dia terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara anak-anak selepas diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu.
Dia juga menyatakan sudah beberapa tahun hidup ditanggung dua isteri kerana hutang mencecah jutaan ringgit.
BACA JUGA 9.84 juta rakyat Malaysia sudah daftar PADU, dakyah penentang tidak berkesan