Malaysia jadi pemain global isu Palestin dan kemanusiaan

Oleh MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ

Apa jadi lepas PMX Anwar Ibrahim selar negara Barat sebagai hipokrit dalam isu kekejaman Israel ke atas Palestin di hadapn Canselor Jerman Olaf Scholz?

Semalam, penulis @nytimes @ErikaSolomon menulis satu kejutan apabila sekutu setia Israel – Jerman telah berubah intonasi dalam isu Palestin.

Jerman sekutu Israel teramat setia

Atas konsep ‘Staatsräson’ Jerman teramat setia dengan Israel terutama atas ‘kekesalan’ terhadap insiden Holocaust.

Sewaktu awal keganasan Israel bulan Oktober lalu, Jerman telah menjadi negara Eropah pertama pergi Tel Aviv menyatakan kesetiaan kepada Israel “Germany had only one place – and it is alongside Israel”.

Malah, dalam tindakan undang-undang Afrika Selatan di ICJ ke atas Israel, Jerman telah ‘intervened’ untuk menjadi pembela kepada Israel.

Tidak terkecuali Jerman adalah antara negara kedua terbesar membekalkan senjata kepada Israel.

Jika kita sedar fakta-fakta ini tidak mudah untuk PM Malaysia DS Anwar menggelar Barat sebagai hipokrit depan-depan Chansellor Jerman dalam sidang media terbuka.

Jerman berubah pendirian

Namun, baru-baru ini Chansellor Jerman berdiri di sebelah Netanyahu di Tel Aviv mempersoal “no matter how important the goal, can it justify such terribly high cost”?

Selain itu, minggu ini Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock telah memberi kritikan terhadap apa yang berlaku di Gaza sebagai “hell” dan menegaskan kita tidak boleh berdiam diri ke atas isu kemanusiaan di Gaza.

Sebagai respon – Menteri Luar Israel – Israel Katz dengan ‘merah padam’ menegaskan sekutu mereka (Jerman) wajib terus setia dengan Israel.

Apa yang merubah pendirian Jerman?

Media Barat menulis Jerman baru-baru ini menerima tamparan hebat dan seolah-olah hilang kredibiliti apabila PM Anwar Ibrahim kecam negara tersebut.

“The sense of diminishing credibility on human rights is particularly strong in the set of developing or underdeveloped countries sometimes referred to as the Global South, a point brought home during a visit to Berlin this month by Malaysia’s prime minister, Anwar Ibrahim.

“We oppose colonialism, or apartheid, or ethnic cleansing, or dispossession of any country, be it in Ukraine, or in Gaza,” Mr. Ibrahim told journalists as he stood beside Mr. Scholz. “Where have we thrown our humanity? Why this hypocrisy?”

Ini adalah perakuan media Barat sendiri.

Malaysia jadi perhatian dunia

Kita tolak perbezaan ideologi politik, sebenarnya keberanian PM adalah suatu yang harus dipuji kerana ia berjaya merubah pendirian sekutu Israel – Jerman.

Bergerak ke hadapan, saya lihat Malaysia kini sudah kembali menjadi perhatian dan pemain global khusus dalam isu Palestin dan kemanusiaan.

Risiko perjuangan – Terus konsisten

Namun, keberanian dan perjuangan pasti ada risiko.

Baru-baru ini, polis melaporkan berjaya menangkap seorang warga Israel Shalom Avitan bersama 6 pucuk pistol dengan model berlainan, 200 peluru dengan 3 kelopak peluru berisi penuh.

Sudah pasti, dia sebenarnya berada dalam standby membunuh bila-bila masa.

Ketua Polis Negera menegaskan akan mengetatkan lagi kawalan keselamatan khususnya ke atas Perdana Menteri kita.

Mungkinkah ini tindak balas Israel atas kejayaan Malaysia memberi teguran keras ke atas Jerman hingga mereka berubah pendirian?

PM Anwar pernah menyebut, “Jika takut tanggung risiko usah bicara soal perjuangan”.

Memasuki akhir Ramadan ini, sama-sama kita doakan Malaysia terus konsisten membela rakyat Palestin dan Allah memberikan keselamatan buat negara kita.

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

BACA JUGA 9.84 juta rakyat Malaysia sudah daftar PADU, dakyah penentang tidak berkesan