MB Kedah bising ‘pung-pang’, tapi Selangor yang siap

Woiii orang Kedah.. Hangpa tak malu ka?.. pung pang MB (Menteri Besar) hangpa dok muhong rakyat konon nak buat litar lumba kat SP (Sungai Petani).

Itu adalah reaksi seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Desa HM selepas Selangor sudah memiliki satu lagi litar lumba di Beranang, Hulu Langat.

Menggunakan dialek utara, lelaki itu menyifatkan kawasan litar di Kedah sesuai untuk ‘lembu’ berlumba di situ.

”Dari 2017 lagi dok gebang bunyi macam guruh musim tengkujuh.. sampai ke la ni… litar hangpa sesuai dengan geng lembu Bukit Choraih je yang berlumba kat situ..

”Berbeza dengan MB kami, Selangor.. tak heboh, takdak dalam TikTok pun.. tau-tau siap.. Macam itu MB yang ada ‘class’.

”Nasib pak aji orang Selangor… tak la malu sangat… cehhhh….,” sindir lelaki itu lagi.

Pada 16 Ogos 2022, Sanusi dilapor berkata bahawa hasrat negeri itu untuk memiliki litar lumba bertaraf antarabangsa bakal tercapai selepas litar bernilai RM75 juta bakal dibina dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani bakal dibangunkan di tanah milik Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) di kawasan seluas 60 hektar.

Katanya, semua sedia maklum bahawa pelan asal yang dirancang adalah Litar Lumba Rakyat dan pelan itu juga telah beberapa kali dipinda menyebabkannya tertangguh begitu lama dan menyebabkan kos asal meningkat.

Berikutan itu katanya, kerajaan negeri bersetuju meneruskan pelan perancangan akhir dengan meningkatkannya kepada Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani yang dilengkapi pusat komersial lain.

Namun, menurut laporan Kosmo pada 1 November tahun lalu, seorang peminat sukan permotoran kecewa apabila projek litar lumba di Ambangan Heights, Bandar Aman Jaya yang dibina pada 2017, didakwa terbengkalai.

Tinjauan Kosmo di situ mendapati, tapak litar seluas 40 hektar itu ditumbuhi semak samun de­ngan laluan masuk dijadikan tempat pembuangan sampah haram.

Bagaimanapun, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah 1 Disember tahun lalu, Sanusi mendakwa projek litar lumba Sungai Petani bukanlah usaha beliau, sebaliknya ia berlaku ketika era Barisan Nasional (BN) pada 2014.

”Litar lumba ini projek 2014, bukan projek Sanusi pun.. tapi depa ‘associate’ dengan saya sekarang..

”Projek 2014 diumumkan BN dalam manifesto Pilihan Raya 2013,” katanya.

BACA JUGA Senjata api yang dijual kepada lelaki Israel rupanya dibeli di Thailand