Profesional usah terperangkap dengan guru politik penyemai kebencian, fitnah

Oleh NORMAN RADZUAN

Orang luar bandar ditipu atas nama agama perkara biasa. Malah, bukan sahaja mudah ditipu atas nama agama tetapi mudah ditipu oleh golongan ‘mahakaya’ dan juga ‘orang politik’.

Cuma sejak akhir-akhir ini sudah banyak soalan diajukan kepada saya, mengapa kini ramai golongan profesional yang berpendidikan tinggi sama ada dalam dan luar negara juga terpengaruh.

Saya mahu ambil topik kedua ini memandangkan tentang Melayu luar bandar umum mengetahui mengapa mereka berfikiran sebegitu kerana faktor pendidikan, pergaulan dan kurang pendedahan kepada dunia luar.

Rata-rata golongan profesional yang saya kenali atau mereka yang saya lihat tiba-tiba menjadi ekstremis, menjadi rasis kerana mereka kenal Islam melalui politik dari luar bukan dari dalam.

Perkenalan mereka itu sama ada melalui media sosial atau sekadar mendengar bukan bersama.

Ramai mereka yang saya kenali, mula mencari agama ketika usia mencecah 50-an dan lokasi dituju tentulah ke rumah-rumah Allah.

Sepertimana kita maklum ustaz politik menguasai surau-surau atau masjid-masjid dan di situlah mereka didoktrin tanpa disedari.

Kuliah Maghrib saban malam tetap diselitkan elemen kebencian kepada pihak lawan.

Antara ayat yang sering saya dengar kuliah di masjid, “Baiklah sebagai penutup jika kita yakin alam akhirat, kita kena perangi mereka yang bawa politik Islam liberal, mereka yang takut pertahankan agama Allah… bla bla bla.”

Kami pernah bertanya kepada saudara dekat… ahli parti Islam itu? Jawapannya tidak tetapi di Whatsapp group dia jauh lebih hebat berkempen untuk parti Islenya dari Sanusi hingga bergaduh sanak saudara.

Segala kiriman Whatsapp yang diterima dia sebarkan. Betul atau tidak dia tak peduli. Terbaru PADU, dia yang paling kuat menghentam dan kongsi info negatif dari para cytro bukannya dari tokoh akademik atau pakar ekonomi.

Strategi doktrin di surau dan masjid berkesan. Malah, mereka sedang memasang strategi baru kepada golongan profesional yang ‘mencari agamanya’ di awal 50-an.

Mereka terperangkap belajar dengan guru politik yang melahirkan kebencian dan fitnah.

Trip ke Langkawi

Saya ada kawan wanita golongan profesional gaji belas ribu. Dia belajar mengaji online harga bayaran RM400.

Kelas hanya 2 kali atau sekali seminggu. Bacaan pun hanya 10 minit yang lain dengar sahaja, kawan-kawan lain ambil giliran berbuat demikian.

Saya mula syak apabila dia memberitahu gurunya mengajak semua mereka yang belajar (semua kaum Hawa golongan profesional) ikut trip ke Langkawi.

Kononnya ada kelas istimewa di sana nanti. Dikenakan bayaran yang tidak munasabah.

Paling i feel something hanky panky apabila guru ini pesan jangan screenshot kelas pengajian yang diikuti belasan wanita profesional ini.

Barangkali takut nanti dipertikaikan kelas seminggu sekali pun caj RM400 hingga RM500 (saya lupa kadar bayaran tepat).

Seperti biasa, apabila kita persoalkan mereka akan menjawab “Untuk agama apa salahnya”.

Seperti juga apabila kita membenihkan pengemis, “Tak apa pahala kita dapat, dia nak tipu hak dia.”

Kalau Sayidina Umar, dia ketuk kepala mereka yang mengemis sedangkan fizikal masih baik.

Akhirnya, kita dapat lihat pengemis pakai kereta X70, pakai kereta CRV dan ada yang meninggal dunia rupanya memiliki tunai hampir RM100,000.

Mudir berkereta baru

Berbalik kepada ‘penunggang agama’ yang mengambil kesempatan kepada golongan profesional ini adalah kerana ia target market terbaik bukan sahaja orang politik tetapi orang agama.

Dalam bisnes kelompok ini, potential customers untuk memberi pulangan yang baik. Kelompok ini kita sebut jihad saya beribu wang mereka dermakan.

Nak van belikan van, kata nak solat Tahajud ada no akaun… beribu dimasukkan, nak bina apa semua dapat.

Golongan profesional ini dari pengalaman saya dahulu jika bawa budak tahfiz bukan main mereka suka.

Mereka tertarik dengan pakaian jubah berserban tersebut dan di situlah mudir menjual produknya untuk mendapat pelbagai sedekah yang lumayan.

Akhirnya, sedekah untuk membina bilik air yang baik dan kemudahan-kemudahan lain diabaikan tetapi mudir yang hebat berkereta baru.

Adakah salah bersedekah tentulah tidak tetapi ramai yang mengambil kesempatan ke atas golongan profesional atau golongan elit ini.

Itulah yang sering Dr Maza pesan, di era ini begitu ramai agamawan mengambil kesempatan ke atas mereka yang lemah atas nama agama.

Kelompok profesional ini yang mudah diperdaya atas nama agama. Sebab apa golongan profesional sering menjadi mangsa?

Sebab mereka tidak diajar tentang Khawarij, tidak diajar kisah-kisah penunggang agama, tidak diajar ciri-ciri ulama su dan sebagainya.

Mereka hanya diajar tentang sedekah, diajar tentang mereka yang tidak berjuang dengan mereka sebagai bukan Islam.

Selain itu, mereka diajar wajib hormat ‘ulamak’ iaitu satu status yang dicipta mereka tanpa berlandaskan keilmuan mereka.

Sebab itulah tanpa rasa malu kena saman minta derma, kereta syarikat kemalangan jalan raya walau ada insuran minta derma, solat Tahajud minta derma dan bermacam-macam lagi konon atas nama agama.

Berhati-hati kepada golongan profesional. Mereka yang memakai jubah serban itu bukan ulama.

Jangan kalian ingat bila orang menulis mengkritik sesetengah kelompok agama ini kalian ingat sebagai Islam Liberal, tidak sayangkan agama atau menjadi khadam mana pihak.

Berhati-hatilah akhir zaman ini ramai yang berniaga agama kerana ia kini menjadi industri paling menguntungkan.

Buat sekolah agama tidak perlu lesen, tidak perlu bayar gaji mahal, tidak perlu bayar KWSP… konon buat kerja agama.

Namun, pemimpin-pemimpin mereka pakai kereta Velfire, pakai Alphard, ada pemandu, ada PA, cukup anda ditunggang atas nama agama (bukan semua tetapi ramai).

Carilah guru yang bukan kalangan orang politik. Carilah guru yang hidupnya sangat bersederhana.

Carilah guru yang kata-katanya mendidik bukan mencela orang lain dan carilah guru yang berakhlak mulia.

BACA JUGA Sah! Enam ketul tulang milik Bella, dua tulang lagi masih belum jumpa