Suami isteri pembekal senjata, pemandu kepada lelaki Israel sudah ditahan

Pasangan suami isteri warga tempatan ditahan polis kerana disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Mereka masing-masing berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor, jam 7.15 malam tadi.

Sejurus ditahan, polis membawa suspek ke kediaman mereka, juga di Kuala Selangor.

Polis kemudian menemui sepucuk pistol dalam sebuah beg galas dalam kereta Honda Jazz milik mereka.

Mengikut maklumat sumber, suspek lelaki dipercayai individu bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada lelaki warga Israel yang memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis.

Lapor BH, pasangan terbabit akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, polis juga menahan seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu kepada warga Israel terbabit sejak memasuki negara ini pada 12 Mac lalu.

Motif utama lelaki warga Israel terbabit memasuki negara ini masih dalam siasatan polis selain tujuannya memiliki enam pistol dan 200 butir peluru.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mendedahkan penahanan suspek warga Israel berusia 36 tahun di sebuah hotel di Jalan Ampang, 27 Mac lalu.

Dalam sidang media tersebut, Razarudin berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki Israel berkenaan mendakwa datang ke Malaysia untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negara pengganas itu.

Suspek menyatakan mahu membunuh individu yang dicarinya itu kononnya berkaitan isu keluarga.

Walau bagaimanapun, polis tidak mempercayai dakwaan tersebut.

BACA JUGA Nak beli saham? Ini komen Tengku Zafrul

Â