Hayati Rukunegara dalam menjaga sensitiviti kaum

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam hantaran di platform X menyeru semua pihak berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau mengambil tindakan yang menyentuh sensitiviti kaum.

“Cita-cita dan prinsip-prinsip tersebut perlu dihayati dan dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat untuk mencapai kesejahteraan bersama dan membangunkan negara yang harmoni.

“Justeru, saya berharap agar semua pihak dapat menyebar luas prinsip asas integrasi nasional iaitu faham, hormat dan terima yang merupakan prinsip asas dalam memupuk keharmonian dan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia,” katanya.

BACA JUGA: ‘Perpaduan hadiah paling bermakna buat beta’