Sektor logistik dan penyenggaraan dapat pengecualian cukai?

Kementerian Kewangan telah mengumumkan pengecualian cukai perkhidmatan untuk sektor logistik dan penyenggaraan.

“Pengecualian Cukai Perkhidmatan bagi sektor logistik dan penyenggaraan telah disediakan atas keprihatinan Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan pada masa yang sama, memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.

“Bagi terus memelihara daya saing negara, Kerajaan tidak mengenakan cukai perkhidmatan di kawasan zon bebas cukai (free zone),” jelas YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dalam satu kenyataan hari ini.

“Skop kemudahan pengecualian antara perniagaan (‘business-to-business’; B2B) telah diluaskan iaitu penyedia perkhidmatan
logistik yang berada dalam Butiran 1(a) kini layak mendapat pengecualian yang lebih luas dengan tidak lagi perlu membayar CP ke atas perolehan perkhidmatan penghantaran atau pengedaran atau pengangkutan barang,” tambah beliau.

Perkhidmatan logistik yang dibekalkan di dalam dan di antara Kawasan Khas/Kawasan Ditetapkan atau di antara Kawasan Khas dengan Kawasan Ditetapkan atau sebaliknya tidak tertakluk kepada kenaan CP kecuali perkhidmatan Ejen Kastam yang kekal dikenakan CP seperti layanan terdahulu.

“Oleh yang demikian, Zon Perdagangan dan Perindustrian Bebas seperti Port Klang Free Zone dan Pelabuhan Barat di Selangor serta Pelabuhan Pasir Gudang di Johor akan memperolehi manfaat daripada pengecualian ini.”

Pengecualian juga diberikan ke atas caj perkhidmatan penghantaran laut meliputi Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak.

Pengeluasan skop pengecualian cukai perkhidmatan penyenggaraan pula meliputi perkara berikut:

Perkhidmatan pembaikan bangunan rumah kediaman;
Kumpulan wang pelepas (‘sinking fund’); dan
Perkhidmatan penyenggaraan berkaitan tanah atau bangunan bagi kegunaan
kediaman yang disediakan oleh pemaju, badan pengurusan bersama,
perbadanan pengurusan atau persatuan kediaman.

BACA JUGA: Reformasi fiskal selepas lebih 20 tahun ekonomi negara tidak berkembang