Nabi sendiri pun tak panggil orang kafir itu kafir – Ustaz Azhar Idrus
Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, Nabi Muhammad SAW juga tidak pernah memanggil orang bukan beragama Islam dengan perkataan kafir di hadapan mereka.
Beliau menjelaskan, perkataan kafir adalah nisbah akidah di mana untuk menceritakan tentang beza orang muslim dan kafir (bukan muslim).
“Mana ada orang Islam pergi kedai jumpa orang orang kafir panggil wahai orang kafir, nabi sendiri pun tidak ada panggil macam tu.
“Pegangan selain Islam memang kita panggil kafir, kafir ini menjelaskan tentang akidahnya sebagai bukan orang Islam, kena faham, kita tak ada panggil depan-depan orang tu kafir,” katanya menurut Kosmo!.
Katanya lagi, teruskan lah kita sebagai orang muslim untuk menyebarkan tentang ilmu agama untuk menerangkan tentang Islam mahupun kafir.
Bagaimanapun katanya, setiap mazhab yang ada kita berbudaya dan berakhlak kalau berhadapan dengan orang kafir kita tidak sebut perkataan orang itu kafir.
“Nabi panggil nama, di hadapan mereka nabi tak panggil kafir.
“Di belakang mereka kita sebut kafir adalah kerana ingin menceritakan tentang peri sifat mereka,” jelasnya.
BACA JUGA Akmal, jangan lempar batu sembunyi tangan, bertanggungjawablah…