Ada 119,000 ‘subscribers’, tular akaun YouTube buat animasi hina Nabi Muhammad
Tular di media sosial ketika ini berkenaan sebuah akaun YouTube yang didakwa secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan melakar animasi yang berunsur negatif terhadap agama Islam.
Pencipta animasi itu itu tanpa rasa bersalah menggambarkan raut wajah Rasulullah SAW serta menyebarkan cerita berdasarkan hadis yang diubah suai bagi tujuan menyesatkan penonton.
Akaun tersebut yang menggunakan nama ‘Nabi Asli’ didapati aktif sejak satu tahun yang lepas dan kebelakangan ini mula disedari selepas mencipta animasi kehidupan Nabi Muhammad dan Saidatina Aisyah.
Perkara tersebut tular sejak hujung Mac baru-baru ini berikutan seorang pengguna X menghebahkan mengenai perbuatan kurang ajar yang dilakukan pencipta animasi tersebut.
Tidak terus berdiam, pengguna media sosial sepakat mengambil inisiatif untuk melaporkan saluran berikut dan juga media sosial berkaitan yang aktif.
Rentetan daripada itu, Harapan Daily melakukan carian dan mendapati saluran YouTube akaun berkenaan tidak dapat dibuka, namun video-video pendeknya masih ada.
‘Subscribers’ atau pengikut yang melanggan akaun itu pula mencecah 119,000 orang.
BACA JUGA Cikgu pencen ‘kantoi’ buat tulisan budak, terdesak sungguh hasut jangan isi PADU