Boleh gembira beraya, harga petrol dan diesel kekal

Rakyat boleh gembira menyambut Hari Raya tidak lama lagi memandangkan harga petrol dan diesel tidak naik.

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 April ini.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini, harga tersebut ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Tambah MOF lagi, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

BACA JUGA Negeri pertama tuai bawang Malaysia 2.3 tan