Dua perspektif kejayaan Kerajaan Madani, ini pandangan Lokman

Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam secara peribadi menyifatkan kejayaan kerajaan Madani pada hari ini melibatkan dua perspektif.

Beliau berkata, faktor pertama adalah berkaitan kejayaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik pelabur dari luar masuk ke dalam negara.

”Macam yang saya sebut tadi, sebelum ini kita berjaya tarik RM329 bilion pelaburan atau pelaburan langsung asing (FDI)yang telah diluluskan.

”Yang kedua, adalah kejayaan daripada segi langkah perubahan dalam sistem pentadbiran awam itu sendiri.

”Jika dalam pengurusan moden, ianya disebut sebagai reinventing government (penciptaan semula kerajaan),” katanya dalam satu video dimuat naik di Facebook beliau.

Anwar Ibrahim

Di awal video tersebut, tertera kapsyen ‘Langkah awal reformasi (pembaharuan) kerajaan buahkan hasil’.

Menurut Lokman lagi, sejak Anwar mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri (PM), ramai yang mengkritik dan membuat andaian dangkal yang baginya sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

”Antara (andaian) itu kononnya PM tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan lah..

”Ada perkara-perkara yang melibatkan integriti yang tidak dipraktikkan dalam tata kelola kewangan negara lah.. itu semua fitnah yang biasa mainkan.

”Tetapi sekarang ini jelas bahawa langkah perubahan yang dilakukan
Kerajaan Madani telah mendapat pengiktirafan dari luar negara,” ujarnya dalam video berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, berkata pengiktirafan dari luar negara itu antaranya tentang langkah penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023.

Beliau menyifatkan penggubalan akta tersebut menjadikan kerajaan hari ini jauh lebih berdisiplin dalam fiskal dan ekonomi negara juga telah diurus jauh lebih baik.

BACA JUGA Pengasas KK Mart mengadap Agong, Sultan titah jangan ada pihak hasut rakyat lagi

Â