Pendakwaan mohon pembatalan ke atas permohonan Muhyiddin
Pasukan pendakwaan telah memohon pembatalan ke atas permohonan penilaian keputusan Mahkamah Rayuan yang dikemukakan oleh pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada 28 Feb, Mahkamah Rayuan telah membatalkan pembebasan Muhyiddin yang berdepan empat tuduhan salah guna kuasa.
Timbalan pendakwaraya Wan Shaharuddin Wan Ladin menyatakan perkara ini dalam sebutan kes kepada hakim mahkamah sesyen Azura Alwi.
Permohonan penilaian yang dimohon bekas perdana menteri menyalahgunakan proses mahkamah dan remeh, kata pendakwaraya dalam bantahan awal, lapor FMT.
Muhyiddin telah meminta barisan hakim Mahkamah Rayuan lain untuk mengenepikan perintah yang dibuat pada 28 Feb dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi.
Azura menetapkan sebutan kes pada 8 Mei dan ia bergantung kepada pengurusan kes Mahkamah Rayuan pada 16 April.
Terdahulu Wan Shaharuddin meminta menetapkan tarikh perbicaraan memandangkan pendakwaan telah memberikan Muhyiddin semua dokumen yang diperlukan sebagai persediaan pembelaan.
Kedua-dua peguam Muhyiddin telah mengemukakan bantahan terhadap permintaan Wan Shaharuddin.
BACA JUGA: Pengerusi Spanco didakwa menipu MOF