Pengerusi Spanco didakwa menipu MOF

Pengerusi Spanco Sdn Bhd Robert Tan Hua Choon didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menipu Kementerian Kewangan (MOF) antara 27 Feb dan 28 Feb 2019 di Putrajaya sehingga dianugerahkan kontrak bernilai RM3.9 bilion.

Tan, 83, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Timbalan pendakwa raya Mahadi Jumaat berkata kedua-dua pihak bersetuju dengan jumlah jaminan RM2 juta yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Hakim Azura Alwi yang mendengar kes terbabit.

Spanco yang ditubuhkan pada tahun 1988 merupakan pembekal swasta terbesar bagi penyelesaian pengurusan kenderaan kerajaan Malaysia.

BACA JUGA: Walaun raikan kekalahan Erdogan yang perjuang Palestin