Ini kata MB Negeri Sembilan tentang Bantuan Khas Aidilfitri

Kerajaan Negeri Sembilan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam di negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan esok.

Katanya, bantuan itu melibatkan seramai 6,662 penjawat awam melibatkan semua peringkat penjawatan.

“Penganugerahan bantuan kewangan ini membabitkan kakitangan kerajaan negeri di semua peringkat perjawatan yang membabitkan implikasi kewangan lebih RM3 juta.

“Kita berharap kakitangan kerajaan negeri yang mendapat bantuan ini dapat berbelanja secara berhemah untuk pastikan kemeriahan Aidilfitri dapat dinikmati semua pihak,” katanya lapor BH.

Menurut Aminuddin lagi, bantuan diberikan itu juga adalah tanda penghargaan kepada penjawat awam negeri.

Selain itu, tambahnya lagi, meringankan beban kewangan mereka sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

BACA JUGA Tular mesej tersusun dakwa tiada tilawah al-Quran tahun ini