Mufti Wilayah ini wajar rakyat ‘follow’ rapat

Oleh LIYANA MARZUKI

Saya baca kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu kafir. Tersentuh saya dengan cara beliau menyantuni isu. Lembut tetapi makan dalam. Buat kita berfikir lanjut.

Saya tak pernah mengenali beliau. Makanya timbul perasaan minat nak mengkaji.

Ok, this might sound a bit shallow. Cuma pertama kali pandang muka, buat saya sejuk mata. Ada aura dakwah beliau. Ada riak wajah Tuan Guru Nik Aziz.

Lembut air muka namun nampak “deep”. Mungkin kerana ilmu yang ditimba, dari sekolah agama ke Universiti Malaya (UM) hinggalah buat PhD di Universiti Edinburgh.

Beliau anak kelahiran Pasir Mas. Anak ulamak Kelantan tersohor Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah. Pernah juga menjadi Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, UM.

Saya juga cari media sosial beliau. Tiada pula. Tak macam mufti lain, yang punya beratus ribu followers. Mungkin tidak suka duduk dalam limelight.

Saya juga jumpa buku-buku yang beliau tulis. Yang paling menarik:

“Menekuni Strategi Dakwah dalam Masyarakat Majmuk” tahun 2019.

Membuatkan beliau selayaknya mengupas isu yang baru terjadi.

Saya minat ustaz dan ulamak yang sederhana perwatakannya. Bukan suka mencari pasal. Mengherdik dan menghina orang lain seolah-olah dia seorang yang pandai.

Mufti Wilayah ini wajar kita ikuti dan follow rapat. Harap media perdana boleh buat banyak coverage mengenai beliau. Apa yang beliau kata.

Ada lah juga kita variety, selain Mufti di Utara.

BACA JUGA AMANAH kerah ahli, penyokong sertai Himpunan Al-Quds, Jumaat ini