Pelik kenapa orang kata barang mahal, pembeli tunjuk bukti ayam, telur, minyak masih murah

Menjelang Hari Raya Aidilfitri, perkara yang paling dibimbangkan adalah stok bekalan bahan basah di pasar raya seperti ayam.

Setiap tahun kerajaan akan melakukan pemantauan ketat bagi memastikan tidak berlaku pencatutan harga di kala permintaan meningkat tinggi.

Seperti perkongsian seorang lelaki ini, dia meluahkan rasa hairan mengapa ada yang mendakwa makanan asas rakyat mahal, sedangkan harga telur, ayam dan minyak masak masih di paras harga terkawal.

Atas sebab itu, dia sendiri ke pasar raya dan menunjukkan bukti ketiga-tiga harga barang yang menjadi pilihan isi rumah masih lagi rendah dan tidak melambung seperti yang berlaku ketika di bawah pentadbiran kerajaan lepas.

“Keluarga aku kecil je. Kalau dekat rumah aku tukang stock up barang dapur. Walaun kata rakyat terbeban dengan kos sara hidup tinggi.

“Aku macam pelik? Aku ambil contoh 3 barang keperluan dapur yang utama yang menjadi pembelian biasa isi-isi rumah iaitu ayam, minyak masak dan telur,” katanya di X.

Tambah individu itu lagi, makanan asas rakyat terbukti murah berbanding ketika 33 bulan Perikatan Nasional memerintah.

Ketika itu harga ayam melebihi harga siling dan ada yang mencecah RM12 sekilogram. Apabila tiba musim perayaan pula, sering berlaku kekurangan bekalan.

Harga minyak masak 5 kilogram pula pernah mencecah RM45 dan ada yang sampai RM50.

“Belum lagi masalah kekurangan bekalan minyak terutamanya minyak peket. Anak menteri pun jadi kartel sorok minyak! Harga telur tak stabil dan berlaku kekerapan kekurangan bekalan telur.

“Harga zaman MADANI, seperti dalam klip. Bekalan pun sentiasa cukup. Tiada Pasukan Liga Perdana Jihad Inflasi pun. Hantar Abang Mat Sabu je. Jadi di mana terbebannya Un (walaun)?

“Kerajaan MADANI 2 penggal,” ciap individu itu.

BACA JUGA Tular mesej tersusun dakwa tiada tilawah al-Quran tahun ini