Berita harga ayam naik 6 kali sebulan masa PN tarik perhatian

“Alhamdulillah kini dah berubah… bekalan ayam mencukupi dan harga makin murah berbanding tahun zaman Perikatan Nasional (PN).

Itu kata seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Abu Musa.

Berkaitan isu harga ayam, lelaki itu membuat perbandingan tentang dua parti politik tanah air.

“Beza zaman PN dan zaman Madani, masa raya dahlah ayam mahal.. terhad pula..,” tulisnya di laman sosial itu.

Pada 14 Mac lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilapor berkata bahawa, bekalan ayam pada masa ini stabil dan ia sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.

Beliau berkata, pemantauan yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung selama empat bulan sejak November 2023 adalah stabil.

BACA JUGA 302 lokasi Program Jualan Rahmah Aidilfitri, Pulau Pinang paling banyak