Ibu Neelofa raih lebih RM100,000 jualan ‘live’ dengan Datuk Red

Sudah sama menjadi rezeki Datuk Red, ibu Neelofa memberitahu jualan kelmarin secara langsung bersama dengan suami Adira Suhaimi itu berjaya mengutip lebih RM100,000.

Usahawan Noor Kartini memaklumkan pencapaian itu menerusi Instagram.

Rata-rata warganet turut sama melahirkan rasa syukur memandangkan Datuk Red sebelum ini dihimpit masalah kewangan.

“Masya-Allah… murah rezeki Datuk Red, masih ramai rakyat Malaysia yang concerned dalam hal macam ni. Sayu pula tengok.

“Rezeki setiap orang berbeza. Senang betul Datuk dapat job bila dia rendahkan ego dia. Aku ni dah habis ego, pun tak dapat job,” demikian antara kata warga maya.

Sebelum ini, Datuk Red pernah mendedahkan bahawa dia sudah jatuh muflis.

Pada masa ini juga, Datuk Red dalam proses yang menentukan status perkahwinan dengan
kedua-dua isteri, Datin Red dan Adira di mahkamah.

BACA JUGA Menjelang Aidilfitri, Dr Akmal ditahan di IPD Kota Kinabalu