Nenek bintang remaja Man United ini rupanya dari Selangor

Pemain berdarah Malaysia-England, Ethan Wheatley dilapor memiliki pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya yang berasal dari Selangor.

Dia yang kini mula menjalani latihan bersama skuad utama Manchester United turut mengakui sering bercuti ke Malaysia.

“Benar, nenek saya dilahirkan dan berasal dari Selangor.

“Tetapi, dia (nenek) berpindah ke England ketika usia muda.

“Semasa saya kecil, keluarga kami sering bercuti di Kuala Lumpur,” kata pemain terbabit kepada laman Frfuturetalents.

Kemas kini maklumat daripada laman Frfuturetalents memaklumkan pemain berusia 18 tahun itu mula menarik perhatian ketua jurulatih, Erik Ten Hag.

Ini kerana, pemain kelahiran Stockport, England itu antara tonggak utama skuad Bawah 18 Tahun (B-18) Manchester United.

Dia berjaya meledak lima gol dalam enam perlawanan di U18 Premier League 2023/2024.

BACA JUGA PMX selamatkan ribuan pekerja kontrak dan 40,000 muflis