PMX selamatkan ribuan pekerja kontrak dan 40,000 muflis

Oleh NORMAN RADZUAN

Kerajaan tewas persepsi sebenarnya kita berjaya. Apa kerajaan beri? Kita sedang menuju pemulihan.

Apa bezanya kerajaan pimpinan PMX dgn kerajaan pimpinan Muhyiddin?

Bezanya kerana Muhyiddin terkenal dgn ‘Scheme of Things’. Memberi ‘rasuah’ pangkat/kuasa hingga lebih 70 Menteri dalam keadaan PKP sedangkan ketika itu Menteri pun terpaksa bekerja dari rumah.

Malah, terlalu banyak kes dibawa ke mahkamah di bawah pemerintahan Muhyiddin. Paling memeranjatkan menantu Muhyiddin sendiri melarikan diri ke luar negara.

Berbeza dgn kerajaan pimpinan PMX atau Anwar Ibrahim mengecilkan anggota kabinet. Perdana Menteri tidak mengambil gaji, Menteri ditolak gaji 20%.

Tiada majlis ‘mega’ seperti rumah terbuka Perdana Menteri. Tiada pembelian kereta baru Perdana Menteri.

Pendek kata Anwar mengajar pemimpin utk berjimat dan memberi contoh yg baik kpd rakyat. Bukan seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah pemimpin berkereta mewah sdg rakyat berbulan tidak bergaji, rakyat mendapat bekalan air kotor dan ekonomi negeri masih teruk.

Tiada pembaikan rumah rasmi yang sememangnya sudah cantik seperti Muhyiddin lakukan hingga membazir RM38 juta wang rakyat.

Malah rumah rasmi digunakan utk aktiviti agama bukan lagi sebagai kediaman rasmi PM.

Kita mengamalkan politik nilai… kita mendidik masyarakat berbeza dgn pembangkang mengamalkan politik persepsi dgn memfitnah setiap hari tanpa rasa tanggungjawab pada agama dan negara.

Selalu pihak pembangkang bertanya apa kerajaan lakukan? Seperti biasa mereka hanya berhujah tanpa fakta dan jika anda tidak bersedia.. anda akn terperangkap permainan mereka.

  1. Tahukah anda di bawah kerajaan dahulu ribuan doktor kontrak berdemo kerana mereka masih tidak dpt diserapkan ke jawatan tetap.

Langkah berjimat atau kerajaan anti rasuah ini berjaya menyerapkan 9800 doktor kontrak ke jawatan tetap, 6000 dalam proses yg melibatkan kos melebihi RM 1 billion.

  1. Tahukan anda hampir 40,000 individu telah diberikan pelepasan daripada senarai bankrap menerusi Dasar Peluang Kedua yg tidak dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Peluang tidak pernah terduga oleh mereka yg muflis. Adakah mereka menghargai atau berasa terhutang budi atau terus memaki hamun dan memfitnah PMX?

  1. Tahukah anda selalu setiap kali menjelang hari raya harga ayam terutamanya meningkat mendadak tetapi ia tidak berlaku kali ini.
  2. Tahukah anda di bawah kerajaan PMX kita berjaya menuai 2.3 tan bawang tempatan utk mengimbangi harga bawang dari India. Selepas ini tiada lagi kebimbangan tentang harga bawang seperti sebelum ini.
  3. Tahukah anda apabila langkah jimat cermat dilakukan PMX telah memberi bonus sebanyak RM 2k, tol percuma di hari raya, duit raya RM 500, RM 250 yg sudah berpencen.
  4. Tahukah anda PMX telah lakukan penjimatan di setiap Kementerian dan Jabatan
  5. Tahukah anda walaupun rakyat Kelantan dna Terengganu tidak menyokongnya tetapi PMX tetap berikan RM100 juta peruntukan banjir bagi Kelantan dan Terengganu
  6. Tahukah anda PMX telah berikan RMIO ribu sumbangan kehilangan jiwa banjir & RM1,000 utk ketua keluarga terjejas banjir
  7. Tahukah anda kerajaan PMX melalui BERNAS bantu pesawah padi miskin dgn agihan RM80 juta.
  8. Tahukah anda PMX telah arahkan potongan 30% cukal bagi rumah bawah RM300 ribu di Putrajaya
  9. Tahukah anda persekolahan RM150 setiap murid tanpa mengira pendapatan penjaga

dan byk lagi.

PMX fokus kpd pembasmian kemiskinan, tatakelola baik, penambahbaikan pentadbiran kerajaan, ekonomi, menu rahmah, ketegasan membasmi rasuah dan terbaru utk subsidi bersasar tapi kesemuanya mendapat ‘hentaman’ negatif dari pembangkang.

Tewas persepsi

Sebenarnya percayalah negara kita on track dlm pemulihan. Kita hanya tewas persepsi kerana strategi pembangkang menjadi.

Mereka tutup kejayaan apa yg dilakukan oleh kerajaan dgn mengalihkan isu2 negatif yg mereka reka rekakan.

Malam tadi saya berborak dgn kawan lama hingga jam 1.30 pagi. Saya tanya dah isi PADU. Katanya dia takut sb bahaya… ditanya apa yg bahaya dan pakar ekonomi mana yg beritahu?

Nak tahu apa jawabnya…’ Dkt Tik Tok’ dan saya minta link Tik Tok tersebut darinya. (Saya akn berikan link tersebut di ruang komen nanti).

Inilah masalah org Melayu nak tahu pasal ekonomi rujuk dkt Tik Tok. Yg bercerita pasal ekonomi org mcm Papagomo dan lain2.

Betul lah kata Rafizi kalau nak rasa ekonomi Malaysia sudah nak kiamat, bacalah Harakahdaily dan tonton Tiktok PN.

Tapi kalau nak tahu bagaimana keadaan sebenar ekonomi, bacalah Bloomberg dan laporan kewangan antarabangsa.

Belajar dari mereka yang ahlinya. Belajarlah ekonomi dari sumber yang betul seperti BNM, Bloomberg dan seumpamanya, bukan dari penganggur yang bersyarah di Tiktok.

Begitulah juga ada kawan saya belajar agama dgn Lebai di Tik Tok. Lebai cerita pasal ‘kafir’ dia pun cakap begitu tapi dia tak belajar di mana hendak gunakan ayat kafir itu menurut Islam.

Strategi think tank PN hebat. Mereka tahu berhujah tentang ekonomi sukar kerana kerajan PMX bukan kerajaan korup jadi formula mereka adalah wujudkan perpecahan dgn isu perkauman.

Dlm bulan Ramadhan sahaja mereka mainkan isu perkauman seperti kantin, stokin, kafir dan Majlis Tilawah. Ia nampak begitu tersusun utk menambahkan kebencian antara kaum.

Kenapa kaum? Saya tidak boleh tulis di sini… pihak2 tertentu sahaja saya bisikkan utk segera padamkan api yg sdg dinyalakan…

BACA JUGA “Terbakarlah engkau di alam kubur!” – Ini rupanya punca adik Azmin Ali berang