‘Tidak peduli siapa, jangan diugut jika menyentuh 3R’
Perdana Menteri menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mencabar Perlembagaan Persekutuan, tanpa mengira kedudukan dan parti.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan yang menyentuh isu 3R (agama, kaum, raja) dalam mempertahankan institusi negara.
“Saya telah tegaskan dan saya perlu tekankan kita tidak akan bertolak ansur. Tidak peduli siapa, kedudukan dia, parti mana, jangan diugut sekiranya diambil tindakan apa lagi jika menyentuh 3R.
“Ini (termasuk) menyentuh kedudukan raja-raja terutamanya. Institusi negara tonggaknya mesti dipertahankan termasuk prinsip Perlembagaan hak Islam dan bukan Islam semua itu tertera dalam Perlembagaan.
“(Kalau) cabar itu kita akan ambil tindakan tegas. Kalau disiasat, ditangkap, didakwa dan dihukum jangan pertikai,” katanya kepada pemberita di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh di Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu, pagi tadi.
BACA JUGA Berita harga ayam naik 6 kali sebulan masa PN tarik perhatian
Â