Dapat dekat hang semua lingkup, penyokong bengang Sanusi ‘claim’ banyak tolong KDA FC

Penyokong kelab bola sepak, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas pasukan mereka dikenakan hukuman pemotongan tiga mata serta denda RM 50,000.

Ini susulan kegagalan KDA FC membuat pembayaran penuh tunggakan gaji pemain dari skuad musim lalu selepas diberikan masa untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji berkenaan pada 30 Mac lalu.

Belum pernah lagi terjadi seperti itu, penyokong Kedah meluahkan rasa tidak apabila Menteri Besar Kedah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sentiasa menyokong Sang Kenari.

Mereka menganggap Sanusi mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas kerana jika benar dia membantu, pastinya Kedah tidak berada dalam keadaan sebegini sekarang.

“Tak pasal-pasal kena potong tiga mata sebelum sepak mula berserta denda iringan RM50,000. Hang pantau kot mana?,” soal penyokong bernama Samat Sam.

“Dapat dekat Sanusi bola lingkup, GLC lingkup, Widad Langkasuka lingkup, litar lumba lingkup, LRA lingkup. Dapat dekat dia apa yang tak lingkup,” komen Saha.

“Habis bungkus di bawah Menteri Besae yang sebenarnya tak cerdik pun,” kata Khairy.

“Nanti dia cakap pula pengurusan KDA tu lintah darat pula. Bila orang cemerlang datanglah dia ambil kredit naikkan nama,” ulas Mohd Aznin

Sanusi pada semalam berkata, dia sentiasa memberikan bantuan apabila Kedah memerlukannya terutamanya apabila terpaut dengan isu kewangan.

Menurut Sanusi, bantuan yang disalurkan menerusi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu adalah menerusi dana yang lain dan bukannya dari wang kerajaan negeri.

“Selama ini kita bantu melalui KFA, sampai sekarang KFA bantu dan terbaharu kita salurkan beberapa juta ringgit lagi cuma saya tak mahu bising.

“Lepas itu mereka masih kata kita tak tolong, RM16 juta bukan jumlah yang sikit, kalau bagi anak yatim bayangkan tengok, berbanding bola sepak, mana lebih afdal, tentulah anak yatim,” kata beliau semalam.

Begitupun penyokong memangkah kenyataannya dan menyifatkan MB Kedah itu tidak kompeten sepanjang menggalas jawatan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA) Nor Hasmadi Hamzah berkata, hukuman yang dikenakan kepada pasukannya menjadi sejarah pahit buat bola sepak Kedah dan mengejutkan penyokong kerana belum pernah terjadi sebelum ini.

Dia juga memohon agar kerajaan negeri membantu jika kesulitan ini tidak dapat ditangani pihak KDA FC musim ini

BACA JUGA ‘Upacara tahunan oleh rakyat Kelantan’, lebuh raya kotor dengan sampah bertaburan