Logo kasut mirip kalimah Allah: Jakim akan siasat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah, umum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Senator Datuk Naim Mokhtar.

“Mana-mana pihak yang memmpunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia,” tambah beliau dalam satu kenyataan.

Beliau turut meminta semua pihak bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

Beliau turut memberi jaminan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya pihak tersebut menghina Islam.

Sebelum ini logo kasut tersebut tular dan Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh meminta semua pihak bertenang untuk mendapatkan penjelasan daripada syarikat tumit tinggi tersebut.

BACA JUGA: Kecoh kalimah Allah di tapak kasut, sekali pakar khat buka mulut