Harga ayam murah seluruh negara menjelang Aidilfitri, ramai teruja tunjuk resit
Seorang lelaki melakukan tinjauan di Facebook miliknya, bertanya kepada semua pengguna Facebook untuk berkongsi harga ayam di kawasan masing-masing.
Seperti yang dijangka, rata-rata memberitahu harga ayam dijual sekitar RM7 hingga RM10.
Seperti di Mydin contohnya, harga ayam dijual sekitar RM7.80 di seluruh Semenanjung Malaysia.
Tetapi di Pasar Awam Bagan Ajam, Penang, seorang pengguna Facebook mendakwa ayam standard dijual pada harga RM10.80.
Begitupun sebahagian besar pasar raya di seluruh negara menyediakan bekalan ayam dengan harga yang amat murah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 10 April ini
“Aku kumpul harga 1kg ayam yang kawan-kawan kongsi di status aku sebelum ni. Terima kasih sudi berkongsi.
“99% yang komen ni aku tak pernah kenal mereka di dunia luar. Bukan isi kandungan yang kami berpakat pun.
*Ada harga di seluruh negara. Sabah Sarawak saja harga tinggi sikit berbanding Semenanjung.
“Harga ayam tak melambung musim perayaan, alhamdulillah Ingat tak harga raya tahun 2021 dan tahun 2022 berapa?,” soal Najib Bakar yang membuat tinjauan harga tersebut.
Dia turut memuat naik 40 tangkap layar komentar warganet yang berkongsi harga ayam di kawasan mereka.
Setakat ini bukan sahaja ayam, bahkan minyak dan telur juga dijual pada harga yang rendah.
Orang ramai berpuas hati dengan usaha kerajaan melakukan pemantauan sehingga tidak berlaku pencatutan harga ketika musim perayaan.
BACA JUGA Peniaga Jalan TAR terpaksa turunkan harga barang, baju Melayu RM159 jatuh RM80