Nak tambah lorikah, bilik gerakankah, pusat aduankah? Krisis air Kedah berterusan

Seorang pengguna TikTok, Shaiful Hazizy di Tanjung Dawai mempersoalkan kebersediaan kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas dalam menghadapi krisis air yang bakal timbul menjelang sambutan Aidilfitri.

“Saya duduk di tepi paip ayaq. Bagi saya ini satu sumber daya tarikan baru di Tanjung Dawai. Cuma saya nak tanya kepada kerajaan negeri, apa perancangan kerajaan negeri untuk menangani krisis ayaq menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

“Di Tanjung Dawai ini, nak mandi pun tak boleh, nak mencuci cuci pun tak boleh. Anak-anak dan saudara dari luar nak balik nak beraya. Tak pernah dan tak dengar lagilah apa benda yang depa nak buat lagi.

“Nak tambah lorikah, nak buat bilik gerakankah, nak menambah pusat aduankah, takdak… Adakah benda ini akan jadi macam tu saja?

“Macam mana pun exco ayaq kata benda ini akan siap dalam masa dua tahun lagi iaitu pada tahun 2026,” katanya merujuk kepada pengumuman Exco kerja raya, sumber asli, bekalan air, sumber air dan alam sekitar Yusoff Zakaria di Dewan Undangan Negeri.

“Kesian rakyat…”

BACA JUGA: Ng Sze Han pengarah PRK KKB untuk Pakatan Harapan

Â