Pasangan pembekal senjata api kepada warga Israel didakwa hari ini

Pasangan suami isteri yang menjadi pembekal senjata api kepada seorang warga Israel telah didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Klang berhubung pemilikan pistol 9mm CZ 75.

Sharifah Faraha Syed Husin, 41 tahun, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPAA) kerana didakwa memiliki pistol itu.

Suaminya Abdul Azim Mohd Yasin, 43, didakwa mengikut Seksyen 9 akta sama kerana bersubahat dengan Faraha.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8 malam pada 29 Mac lalu di sebuah premis di Kampung Bukit Belimbing di Kuala Selangor.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

BACA JUGA: Reman suspek Israel dilanjutkan