Cermin mata hitam jadi modal kumpulan anti-Anwar burukkan PM

Sejak minggu lalu, penampilan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengenakan cermin mata hitam di majlis-majlis yang dihadirinya menjadi perhatian ramai.

Bukan hanya itu, kumpulan anti-Anwar juga nampaknya menggunakan isu tersebut untuk memburukkan Perdana Menteri di sosial media.

Sejak menjadi PM, setiap gerak-gerinya dan setiap patah perkataannya diteliti oleh pihak lawan yang hanya menunggu masa untuk menyerang.

Tetapi tidak disangka, isu bercermin mata hitam pula menjadi isu panas yang digembar-gemburkan sedangkan Anwar masih bekerja keras menghadiri program-program rakyat.

cermin mata

Dalam satu hantaran di platform X, seorang penyokong pembangkang memuat naik gambar Anwar dengan kapsyen “Are you okay Anwar”, selain menyertakan gambar PM berkaca mata hitam dan jari-jarinya yang kelihatan membengkak.

Di ruangan komen hantaran itu, seorang lagi individu anti-Anwar berkata keadaan pemimpin itu semakin teruk.

“Makin parah”.

Begitupun ramai yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut laporan TheStar, Perdana Menteri mengalamai reaksi alergik di kedua-dua belah matanya.

Namun tidak diberitahu terperinci.

“Kedua-dua matanya terjejas. Dia dinasihatkan untuk berehat sebenarnya,” kata seorang pegawainya seperti dilapor.

Sementara itu dalam hantaran berlainan, seorang individu mengecam kumpulan tentera siber pro PN yang memainkan isu cermin mata hitam.

Mereka antara lain berkata, imam di Masjidil Haram pun menggunakan cermin mata begitu, maka tidak sepatutnya ia dijadikan satu masalah.

BACA JUGA Selepas fitnah larangan Qunut Nazilah di sekolah, bekas guru ini ditegur panggil kafir