Imam di Makkah pun solat pakai cermin hitam, begitulah kalau dah busuk hati

Heboh golongan pembenci Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Perdana Menteri sebagai tidak beradab ketika imam di Makkah pun solat memakai cermin hitam.

Hal itu dibangkitkan pengguna platform X, @ZacZakirin13 yang berkongsi sedutan video seorang imam berkaca mata hitam memimpin sembahyang.

“Ni Imam di Makkah pun solat pakai cermin mata hitam. Jutaan jemaah dia bawa. Adakah dia dikira tak beradab?

“Kalau ya pun tak suka dekat PMX, janganlah sampai tunjuk sangat kita ni tak berilmu langsung dalam bab agama.

“Pakai cermin mata hiam masa solat tetap sah, dan tak ada kaitan pun dengan ‘adab’,” tulisnya.

Bahkan, dia mengingatkan sikap bersangka baik sebenarnhya adalah adab yang diajar Islam.

“Adab yang baik, adalah memahami orang tersebut sedang sakit dan keadaan memaksa untuk dia pakai cermin mata.

“Bersangka baik inilah adab yang diajar Islam,” katanya lagi.

Menjelang Aidilfitri ini, golongan pembenci PMX semakin memperlihatkan sifat busuk hati mereka termasuk pemakaian cermin mata hitam.

Tentera siber pro Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan tindakan Anwar berbuat demikian ketika menghadiri pelbagai program dan menyantuni rakyat.

Malah, tergamak mereka menyebarkan foto yang memperlihatkan jari-jari PMX bengkak.

Walhal, Perdana Menteri dilapor mengalamai reaksi alergik di kedua-dua belah matanya.

Rata-rata warganet turut membidas penyokong pembangkang yang dilihat terdesak mahu memburukkan Anwar.

“Baik pakai spek hitam daripada hati hitam.

“Ada orang di pejabat saya dia pakai spek gelap dalam pejabat dan masa bekerja. Sebab ada masalah mata. Semua orang faham je.

“Kadang-kadang sebenarnya pakai spek hitam walau dalam bilik ni pun ada sebab kesihatan. Nanti kalau dah tua, tuhan tarik nikmat sihat mata tu, barulah rasa kena pakai spek memanjang.

“Pasal pakai spek hitam je. Kritiklah pasal pentadbiran ke pasal polisi ke. Sedap juga dengar,” demikian antara komentar warga maya.

BACA JUGA Cermin mata hitam jadi modal kumpulan anti-Anwar burukkan PM