Meta, TikTok perlu proaktif pantau isu 3R

Platform media sosial Meta dan TikTok perlu memantau kandungan dengan lebih holistik dan proaktif, terutamanya bagi membendung kandungan sensitif yang menyentuh isu 3R.

“Berdasarkan statistik MCMC, terdapat peningkatan kandungan memudaratkan di media sosial dan platform Over The Top. Bagi tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sejumlah 51,638 kes telah dipanjangkan kepada penyedia platform dalam talian untuk tindakan lanjut.

“Jumlah ini adalah tinggi berbanding 42,904 kes kandungan direkodkan sepanjang tahun lalu.

“Penyedia platform turut diminta menangani kandungan berkaitan 3R secara efektif dengan merujuk garis panduan platform dan undang-undang Malaysia.

“Selain itu, TikTok dan Meta digesa untuk membendung kandungan kelakuan tidak sahih tersusun, serta memantau dan mengambil tindakan segera ke atas kandungan memudaratkan seperti scam serta perjudian haram dalam talian.”

TikTok dan Meta telah disyaratkan untuk menyediakan pelan penambahbaikan dan strategi dengan butiran menyeluruh sebagaimana dipersetujui dalam mesyuarat,” kata Polis Diraja Malaysia dan bahagian komunikasi korporat MCMC dalam satu kenyataan bersama.

Perkara lain yang turut diperincikan termasuk penambahbaikan terhadap keselamatan dalam talian termasuk pengesahan umur 13 tahun.

Kecekapan algoritma yang memacu Kecerdasan Buatan dan keupayaan pembelajaran mesin bagi mengesan kandungan 3R dan kelakuan tidak sahih tersusun.

BACA JUGA: ‘Bukan hak saya untuk mengarah penyedia platform media sosial’ – Fahmi