PM Anwar: Ugadi Subhakankshalu kepada masyarakat Telugu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan Tahun Baharu kepada masyarakat Telegu yang menyambut Ugadi hari ini.

“Selamat Menyambut Tahun Baharu kepada masyarakat Telugu sempena ‘Ugadi’ atau Tahun Baharu Telugu.

“Semoga tahun baharu kali ini membawa lebih kemulian dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.

“Sekali lagi, mewakili seluruh rakyat Malaysia saya ingin mengucapkan Ugadi subhakankshalu,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook.

Masyarakat Telugu merupakan salah satu kumpulan masyarakat minoriti dalam kalangan masyarakat India di Malaysia.

Terdapat kira-kira 119,000 orang Telugu di Malaysia dan mereka diwakili oleh Telugu Association of Malaysia.

BACA JUGA: Tumpu perhatian ke arah perpaduan, titah Agong kepada pimpinan Umno, DAP