Tular Tasik Cermin popular didakwa dah gondol ditarah, ternyata ia tidak benar

Sebuah laman Facebook Pemerhati Lembah Kinta memuat naik keadaan terkini Tasik Cermin di Perak yang dahulunya dipenuhi pokok-pokok hijau, kini gondol akibat ditarah.

Menerusi gambar yang dikongsi, keadaan tasik yang didakwa merupakan Tasik Cermin Gopeng itu berubah 100 peratus selepas empat tahun.

Jelas terlihat keadaan tasik itu yang gondol dan dipenuhi tanah-tanah merah.

Kapsyen pada foto itu tertulis bahawa ia adalah gambar Tasik Cermin Gopeng di Gunung Batu Kapur Panjang, Daerah Kampar.

Pengguna media sosial rata-ratanya terkejut dan tertanya adakah ia tasik cermin popular yang sering menjadi tempat pilihan pelancong.

Bagaimanapun hasil carian Harapan Daily, ia bukanlah tasik yang sama dengan Tasik Cermin Ipoh yang ketika ini menjadi tarikan ramai.

Facebook rasmi Tasik Cermin Ipoh juga kali terakhir mengemaskini status kawasan pelancongan itu sekitar 24 jam yang lepas.

Laman itu juga memuat naik foto pelancong yang mengunjungi tasik itu baru-baru ini. Maka, sah lah tasik itu masih dalam keadaan baik.

Untuk rekod, gambar yang tular itu bukanlah Tasik Cermin Gopeng seperti yang diperkatakan, tetapi ia dikenali sebagai Tasik Hantu Gopeng atau Skywell di mana ia merupakan tapak kuari yang telah lama ditinggalkan.

Ia terletak jauh 20 kilometer dari Tasik Cermin Ipoh.

BACA JUGA Ingatkan kerja umum raya dan puasa je, tak tahu pula ini tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja