Amaran… cuaca panas tahap 1 di 10 kawasan

Amaran cuaca panas tahap 1 telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Ia melibatkan 10 kawasan di Semenanjung Malaysia dan empat di Sabah dan Sarawak setakat 4.30 petang tadi.

Antara kawasan terlibat adalah Perlis, Kedah (Pulau Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu) termasuk Kelantan di Gua Musang.

kawasan di Sarawak membabitkan daerah Mukah dan Telang Usan manakala Sabah pula melibatkan Tuaran serta Tenom.

Suhu panas tahap 1 berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

BACA JUGA: Kemudahan wad kelas ketiga HKL akan dipertingkatkan