Kemudahan wad kelas ketiga HKL akan dipertingkatkan

Kerajaan akan meneliti kaedah untuk mempercepatkan kemudahan wad kelas ketiga di Hospital Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.

Perkara ini akan diteliti oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad di peringkat jemaah menteri.

“Kita telah melihat sendiri bagaimana wad kelas ketiga panas sedikit dan sesak. Menterinya akan membawa perkara ini kepada Jemaah Menteri dan kita akan percepatkan apa yang patut.

“Tentu menteri dan pengarah (HKL)) mendengar perihal masalah yang patut ditumpukan oleh kementerian dan kerajaan akan pastikan kemudahan infrastrukturnya baik,” kata beliau apabila ditemui media selepas melawat pesakit yang menerima rawatan ti wad tersebut.

Anwar turut mengatakan keperluan satu kajian menyeluruh dibuat termasuk berkenaan kaedah pemerolehan ubatan agar ia mesra kos.

BACA JUGA: Malaysia, Pakistan teroka ruang perhebat hubungan perdagangan, pelaburan