Tahi minyak sawit antara tumpuan baharu Felda

Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengengetengahkan solusi kepada krisis bekalan makanan dunia yang turut menyumbang kepada kenaikan harga makanan.

Dalam satu ucapan yang disiarkan menerusi akaun TikTok beliau, Ahmad Shabery memperkenalkan tahi minyak sawit sebagai solusi.

“Decanter atau tahi minyak sawit boleh jadi makanan ternakan. Sekarang ini dikatakan satu penyelesaian kepada masalah makanan ternakan dunia.

“Kenapa harga ayam mahal baru-baru ini? Kerana harga dunia naik. Kenapa tak tanam jagung? Malaysia import lebih kurang 3.5 juta tan.

Beliau berkata penanaman jagung memerlukan kawasan tanah rata luas yang tiada di Malaysia.

“MADA di Kedah tu pun baru 120 ribu hektar tanak luas nak tanah flat macam itu untuk tanam jagung tak mungkin dan orang bercakap 1 solutionnya ialah untuk membiakkan black soldier fly.

“Ia larva lalat yang makan sisa makanan. Ia akan makan bakteria dalam tu dan hilangkan. Ia tiada penyakit dan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi.

“Kalau proses dengan baik ia boleh menjadi jawapan pada makanan ternakan. Antara base black soldier fly ini hidup dengan banyak membiak ialah dengan menggunakan decanter atau tahi minyak sawit.

Ahmad Shabery turut menyatakan bahawa harga decanter di pasaran dunia adalah lumayan. Ia hampir sama dengan harga Buah Tandan Segar (BTS).

“Harga dunia sekarang ini tahi minyak sawit – decanter cake yang dikatakan tadi ialah lebih kurang 110.00 dolar per tan. Dekat RM600.

“Harga Buah Tandan Segar (BTS) RM700 kita happy naik RM720 tapi tahi minyak tu harganya dekat RM600.

“Benda ini belum ada dalam competition, dalam pemikiran kita dan sekiranya perkira ini kita nilai siapa yang memilikinya. Apakah peneroka yang dibayar berdasarkan BTS RM700 dan selepas itu milik kilang.”

Beliau turut berjanji untuk mencari pendekatan agar semua pihak yang terlibat akan menikmati hasil daripada jualan decanter.

BACA JUGA: Siapa kata Raya tak meriah, Sungai Petani tunjukkan bukti