Rumah Rafizi ‘dipecah masuk’ ketika cuti raya

Rumah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dipecah masuk semasa cuti Hari Raya Aidilfitri, kata beliau dalam satu hantaran Facebook.

Menurut beliau terdapat 10 suspek yang terlibat menggeledah dapur rumah tersebut.

10 suspek-suspek yang dikenalpasti didapati menggeledah kawasan dapur rumah dan melepaskan geram ke atas pokok bunga plastik di kabinet dapur.

Kesemua suspek adalah kucing-kucing yang dimilikinya.

Beberapa suspek cuba melarikan diri ke tingkat atas rumah dan melarikan kelengkapan senaman tuan rumah, tetapi tidak berjaya.

Suspek terakhir ditangkap semasa sedang bersembunyi di celah-celah pokok.

Motif dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati 10 suspek yang tidak dibawa pulang beraya di kampung.

BACA JUGA: Tahi minyak sawit antara tumpuan baharu Felda