PH belum bincang perihal calon KKB
Pakatan Harapan belum membincangkan berkenaan calon untuk PRK Kuala Kubu Baharu, kata pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya belum bincang dengan sesiapa,” kata Anwar ketika ditanya berkenaan calon untuk PRK pada 11 Mei.
Ketua Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini menyatakan calon DAP akan mempertahankan kerusi tersebut.
Kerusi Kuala Kubu Baharu kosong ekoran kematian ADUN DAP Lee Kee Hiong pada 21 Mac.
Seorang ADUN DAP telah menyatakan bahawa DAP perlu memperoleh sekurang-kurangnya 60 peratus undi India untuk menang di Kuala Kubu Baharu.
Kuala Kubu Baharu ialah kerusi campuran di Selangor.
BACA JUGA: Ahmad Faizal cipta persepsi atau ada udang di sebalik batu?