Zunar hentikan karya berkaitan kalimah bukan kerana Pas

Kartunis politik terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar telah mengambil keputusan untuk menghentikan karya berkaitan kalimah Allah ekoran titah Yang Di-Pertuan Agong dan bukan kerana laporan polis yang dibuat oleh Pemuda Pas Kelantan.

“Saya tidak akan melayan tindakan oleh Pemuda Pas Kelantan, kerana mereka tidak ada keupayaan untuk berfikir secara intelektual. Kerana itu mereka tidak memahami karya-karya kartun satira.

“Ya, saya delete kartun tersebut dalam sosial media, tetapi bukan kerana saya takut berdepan dengan laporan polis yang mereka lakukan.

“Saya tahu pasti apa yang yang lukiskan. Cuma saya rasa selepas titah YDPA terbaru, sudah sampai masanya menghentikan karya2 mengenai isu tersebut.

“Tapi kepada publik ingin saya jelaskan, dalam visual kartun tersebut, bahagian manakah yang dikatakan sebagai menghina Allah atau agama Islam?

BACA JUGA: Tun Mahathir mengapi-apikan sentimen perkauman melalui Proklamasi Melayu, dakwa Zunar

“Kepada mereka yang mahu berfikir dengan akal sihat, kartun itu hanya menggambarkan ketakutan atau phobia sesetengah golongan terhadap sesuatu lambang sehinggakan menimbulkan tafsiran berlebihan.”

Pemuda PAS Kelantan telah membuat laporan polis terhadap Zunar atas dakwaan menghina kalimah Allah menerusi lukisan kartun ‘Phobia Kalimah’ yang disiarkan menerusi laman Facebook Zunar.

Ketua pemuda tersebut berkata kartun tersebut diinspirasikan dari elemen rekaan kasut Vern’s Holdings Sdn Bhd.