Apa yang ‘best’ zaman ‘Abah’ berbanding era PMX?

Oleh NORMAN RADZUAN

Kita tidak di mana zaman Abah Best berbanding dengan zaman PMX. Sedangkan zaman mereka bukannya berbeza 10 hingga 20 tahun tetapi hanya beberapa tahun sahaja.

Bila berhujah dengan mereka yang berkata demikian hujahnya kerana zaman Muhyiddin dapat duit KWSP. Yang lain kononnya harga barang murah. Fakta yang jelas tidak benar atau maksud lain menipu.

Mereka kata pelaburan masuk beratus bilion, yang dibawa PMX menipu. Yang sedihnya mereka dapat info tersebut daripada tentera siber level ‘cap ayam’ dan bukan dari Bloomberg, BNM, MIDA mahupun Menteri2 terbabit.

Padahal di zaman PN dulu berapa banyak pelabur yang lari ke negara-negara jiran dan tiada pelaburan yang masuk ke negara ini sepertimana dilakukan kerajaan sekarang.

Dalam info grafik di bawah boleh lihat perbezaan di antara PMX dan Muhyiddin.

Bagaimana pemerkasaan Islam diberikan jauh lebih banyak daripada zaman PN dengan perbezaan RM800 juta. Di mana dikatakan PMX abaikan Islam?

Lihat indeks rasuah negara kita semakin baik, nilai ringgit tidak seteruk zaman PN, inflasi jauh lebih baik, KDNK meningkat dan pengangguran menurun hampir 2%.

Saya tidak mahu menulis panjang pagi ini, sekadar ingin bertanya?

Apa yang bestnya zaman Muhyiddin sedangkan harga ayam mahal, harga minyak dua kali ganda, harga cili merah naik 3 kali ganda. Pendek kata harga barang mahal.

Apa yang bestnya zaman Muhyiddin kita dikurung hingga ada yang kibarkan bendera putih kerana susah. Siapa kata zaman PN rakya senang lenang?

Apa yg bestnya zaman Muhyiddin sdgkan zaman itu sudahlah bonus Raya pun tidak sepertimana kakitangan awam perolehi zaman PMX dgn bonus RM2k, duit Raya RM 500 dan malah Tol pun percuma.

Apa yg bestnya zaman Muhyiddin nak raya pun tak boleh? Tahukah anda rakyat negara ini adalah rakyat paling lama dikurung di dunia ketika pandemik.

Masih ingat orang Islam atau Melayu sedih masa itu kerana terlalu lama tidak dapat solat Jumaat sebab kita dikurung terlalu lama. Lebih hairan negara kita isytihar darurat semasa PKP.

Apa yang bestnya zaman Muhyiddin wang simpanan anda sendiri habis RM10,000 hingga RM30,000 kerana dibenarkan keluar bukannya bantuan daripada kerajaan.

Apa yang bestnya zaman Muhyiddin dapat PM yang takut berhadapan dengan wartawan dan yang hanya berani membaca Pdf sahaja?

PMX baru menjadi Perdana Menteri 1 tahun 5 bulan dan kita sudah dpt menikmati pelbagai kemudahan. PMX telah membantu lebih 10ribu Doktor kontrak diserapkan pekerjaan tetap di dlm kerajaan.

PMX telah membantu lebih 40ribu Muflis lepas dari senarai bankrap. Kakitangan dpt bonus dan wang raya. Semua bilik air sekolah dinaik taraf, kuaters tentera dibaiki semula.

Sebab itu saya katakan jika PMX ini diizinkan menjadi Perdana Menteri hingga 10 tahun negara kita mampu mendekati ekonomi Singapura. Negara ini akn pulih dari penderitaan angkara rasuah beratus billion wang rakyat sejak berpuluh tahun lamanya.

Skg ini org Melayu setiap hari selama 400 hari lebih dimomokkan isu2 perkauman yg disengaja diada adakan. Akhirnya mereka sudah tidak mampu berfikir lagi.

Kebencian mereka kpd kaum2 lain semakin menebal. Walaupun mereka tahu kerajaan PN gagal secara total berbanding kerajaan Perpaduan tetapi isu perkauman dimainkan sehingga ada yg tidak perasan pemikiran khawarij telah meresapi ke minda mereka.

Mereka sdg menonton permainan khawarij tetapi mereka tidak sedar. Mereka terkhayal dgn candu agama hingga tidak nampak lagi yg mata kaca dan permata.

Cytro2 pembangkang sewaktu menjelang Hari Raya melahirkan persepsi ramai yg tidak dpt pulang ke kampung kerana kesempitan hidup… realitinya org pantai timur kata kali inilah traffic paling sesak mereka pernah hadapi.

Sebab itu saya katakan jika org Melayu dpt menggunakan akal mereka nescaya mereka dpt melihat kebaikkan dan sinar yg bakal mereka perolehi utk tempoh 5 tahun ini.

BACA JUGA ‘Boikot ni masa ana bersama penyokong, sesama kami tak mengapa’