‘Boikot ni masa ana bersama penyokong, sesama kami tak mengapa’

Tular gambar sekumpulan pemimpin pembangkang di sebuah meja bulat yang sepatutnya mengundang ‘keinsafan’ di pihak penyokong Perikatan Nasional (PN) terutama Pas.

Gambar itu menarik perhatian warganet apabila terdapat dua botol minuman daripada syarikat yang sedang diboikot ekoran jenayah genosid di Palestin.

Antara ahli politik pembangkang yang kelihatan ialah bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Duduk di meja itu, mereka dilihat sedang berbual dengan beberapa individu dipercayai berketurunan Tionghoa.

Rata-rata warga maya menyindir sikap ahli politik pembangkang yang hipokrit terhadap kempen boikot produk berkaitan Israel sebagai manifestasi membenci kekejaman rejim Zionis terhadap warga Palestin.

Ada yang turut menyindir seorang bekas Ahli Parlimen Pas yang sebelum ini sohor dengan siri artikel ‘Sekali Serban Dililit’.

“Boikot ni masa ana (saya) bersama penyokong, sesama kami tak mengapa.

“Sembang kari. Boikot beli. Minum free.

“Tak boleh boikot semua jangan tinggal semua.

“Sekali serban dililit din pembelit,” perli netizen.

Untuk rekod, syarikat bagi jenama produk yang tertera pada gambar itu beroperasi lebih 88 tahun di negara ini.

Nilai pasaran Coca-Cola global pernah mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) pada 2021.

Rekod mengejutkan itu berlaku selepas bintang bolasepak Portugal, Cristiano Ronaldo mengalih botol produk tinggi kandungan gula tersebut semasa satu sidang media.

Sementara itu di Turki, penjualan produk Coca-Cola dan Nestle dihentikan di restoran kampus, kafeteria, dan kedai teh lantaran sokongan kedua-dua syarikat tersebut terhadap kezaliman Israel di Gaza.

Di Turki, penjualan produk Coca-Cola dan Nestle dihentikan di restoran kampus, kafeteria, dan kedai teh lantaran sokongan kedua-dua syarikat tersebut terhadap kezaliman Israel di Gaza.

Angka korban rakyat Palestin akibat serangan pengganas zionis Israel terus meningkat kepada 33,729 individu.

Dalam masa sama, seramai 76,371 mangsa cedera manakala ribuan lagi syahid dan hilang di bawah runtuhan bangunan sejak serangan 7 Oktober tahun lalu.

BACA JUGA Malaysia pantau rapat perkembangan konflik Iran-Israel