Lelaki lepaskan tembakan di KLIA akhirnya ditangkap di Kota Bharu
Polis berjaya menangkap lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di Kota Bharu, Kelantan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Hafizul Hawari, 38, ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.
“Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.
“Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya, lapor BH.
Semalam, kira-kira jam 1.30 pagi, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan di Terminal 1 KLIA.
Satu daripada tembakan itu terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isteri suspek.
Susulan itu, polis melancarkan operasi mengesan lelaki itu selain menjejakinya di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara.
BACA JUGA Mereka yang maki Speaker mungkin tak pernah pun makan ubi kayu
Â