4 golongan sasar ini dikenalpasti KPKM untuk subsidi

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan pihaknya kini sedang giat menjalankan sesi libat urus bersama pemegang-pemegang taruh.

Beliau berkata, sesi libat urus itu adalah usaha untuk mengenal pasti golongan sasar terutamanya dalam sektor tanaman, ternakan, perikanan dan penyediaan perkhidmatan pertanian yang akan terlibat di bawah kementeriannya.

“KPKM sentiasa menyokong hasrat kerajaan dalam usaha untuk melaksanakan penyaluran subsidi secara bersasar.

“Kami turut berpandangan bahawa, penelitian secara terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan ianya disalurkan kepada golongan sasar yang layak dan pada masa sama turut memastikan peruntukan kerajaan dapat dibelanjakan secara efisien,” katanya dalam satu catatan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menghadiri Mesyuarat Skim Kawalan Subsidi (SKD) 2.0 secara dalam talian.

Mesyuarat yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya itu turut disertai Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

BACA JUGA Berjaya lakukan sesuatu demi rakyat, Mat Sabu terima ucapan tahniah