PM Anwar watak utama “Misi Gila” tanpa mengira siapa dia

Tanpa mengira siapa orang yang meminta pertolongan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menyatukan keluarga seorang rakyat Malaysia Nadir Al-Nouri dengan isteri dan anak-anaknya yang terperangkap di Gaza melalui satu “Misi Gila”.

Nadir, terkenal sebagai salah seorang aktivis yang memperjuangkan rakyat Palestin dikenali juga sebagai penyokong tegar Pas.

Namun, tanpa mengira semua itu, PM Anwar telah menghubungi rakan sejawat beliau dari Mesir, Presiden Abdel Fattah Al Sisi untuk membantu menyelamatkan keluarga Nadir.

“Alhamdulillah, keluarga saudara Nadir berjaya disatukan.

“Penghargaan tidak terhingga buat sahabat saya Presiden Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Republik Arab Mesir atas kerjasama yang diberikan,” kata Anwar menerusi facebook beliau semalam.

Dalam catatannya, Nadir menyifatklan apa yang dilakukan oleh PM Anwar dan pembantu beliau adalah “Misi Gila”.

“Misi ini saya katakan ‘Misi Gila’ kerana bukan mudah untuk dikeluarkan keluarga saya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan juga berlanjutan.

“Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana; ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.

“Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan.

“Tetapi watak utama dalam ‘Misi Gila’ ini adalah Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri!” kata Nadir dalam catatan beliau.

Setiausaha Politik Anwar, Farhan Zulkefly memaklumkan, selepas lebih 180 hari isteri dan anak-anak Nadir tersangkut di Gaza, beliau bertemu PM sebelum berangkat ke Berlin bagi meminta pertolongan.

“Hari terakhir Ramadhan, PM buat kejutan pada Nadir.

“Seluruh keluarga beliau telah dibawa pulang ke Malaysia dengan selamat,” katanya.

Ekoran tindakan Anwar ini, pelbagai pihak menyifatkan Anwar membantu sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira siapa mereka.

Menurut Hishamuddin Ghazali atau Sham Ghaz, Anwar mungkin tahu Nadir ini adalah penyokong tegar Pas, termasuk keluarga dia di Malaysia.

“Terutamanya ayahnya Dr Kayu, Ex UKM.

“Tapi Anwar ketepikan semua sentimen parti politik, sebab beliau menjadi Perdana Menteri untuk seluruh Malaysia; beliau utamakan sifat Ihsan sesama manusia yang menjadi salah satu teras Malaysia Madani,” kata beliau.

Nadir adalah anak kepada Dr Kamaruzaman Yusof yang lebih dikenali sebagai Dr Kayu, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga adalah bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas ketika Datuk Harun Taib adalah ketuanya.

“Bagus PMX ketepikan semua warna parti tidak kira siapa beliau tolong. Harap sangat pihak Pas pun kena rasional, jika PMX buat benda baik pakat sokong juga,” katanya.

Bagi Khairol Basri M Arif, Nadir ini penyokong tegar Pas,

“Tapi bagi PMX Nadir juga adalah rakyat Malaysia. Sebagai PM kepada rakyat Malaysia, PMX tidak teragak-agak bantu siapa sahaja. Itu yang membezakan PMX dengan PM yang lain yang lahir di Malaysia,” tulis beliau.

BACA JUGA Selepas Johor, Pemuda Pas Selangor pula jauhkan diri dari Hezry, bahkan serah kepada polis untuk siasat